Thursday 1 September 2011

Selamat Hari Raya Aidlfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Daripada HERBagus Sdn Bhd


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
★SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR&BATIN★
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





Bismillahirrahmanirrahim,


Ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.
 Ditakdirkan juga sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. 
 kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuesday 23 August 2011

Produk Herba HERBagus

Herba pilihan HERBagus Misai Kucing,Stevia,Mahkota Dewa,Sambung Nyawa.

Herba pilihan HERBagus Roselle,Mas Cotek,Mulberi,Pecah Beling.

Consistence Demand Market herbs "Gelenggang" (Cassia Alata Or Senna Alata).

Monday 22 August 2011

Lokasi Herbagus Shoppe

Lokasi Herbagus Shoppe



Selamat Datang Ke HERBagus Blog

HERBagus Company Logo














Profail HERBagus secara ringkas :

HERBagus beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor pertanian dan pemprosesan bagi kawasan luar Bandar dan bandar. Tambahan pula lokasi perniagaan yang strategik dan dilengkapi dengan system dan teknologi moden dapat menjadi daya pengerak pembangunan ekonomi bagi kawasan luar Bandar yang ketandusan pengetahuan tentang teknologi..
HERBagus sedang membangunkan suatu asas perniagaan yang teguh di dalam industri agrikultur dan bioteknologi melalui penubuhan tapak projek yang akan dimajukan itu. Perancangan yang baik tanpa tindakan yang betul tidak akan mendatangkan hasil yang memberansangkan. Begitulah hasrat syarikat dalam memajukan sektor agrikultur Negara yang masih belum kukuh dari segi produktiviti, kualiti dan perkhidmatan teknologi moden. Ianya selari dengan program Rancangan Malaysia ke 11 di bawah projeck NKEA dalam sector Herba di mana HERBagus terpilih menjadi pusat pengumpulan HERBa di Pulau Pinang. Sehubungan itu HERBagus manjalinkan kerjasama pembangunan produk Herba yang berkualiti di bawah program Teknousahawan FRIM dan MARA. Disamping itu juga dari segi Pemasaran HERBagus telah berkerjasama dengan FRIM, MARA, MOA, MITI, MATRADE dan HDC, PDC & Penang International Halal Hub untuk Pemasaran dan penyediaan Bekalan bahan mentah.
Ini merupakan cabaran utama kepada usahawan bagi mengenalpasti peluang yang ada. Peluang mestilah sejajar dengan kemampuan diri. Antara ciri-ciri yang menentukan kemampuan dan kejayaan seseorang adalah keilmuan, kemahiran, minat, sumber kewangan, teknologi peralatan dan sistem pengurusan sumber manusia yang baik.

Hasil daripada penelitian yang matang, maka pihak pengurusan syarikat berpendapat bahawa masa bagi terus melebarkan sayap operasi perniagaan adalah bertepatan pada waktu sekarang. Sejajar dengan galakan kerajaan bagi memajukan sektor pertanian bagi menjamin kestabilan ekonomi masyarakat dan Negara. Diharap kemudahan kewangan yang bakal diterima ini akan dapat membantu bagi melicinkan operasi perniagaan di dalam membina empayar perniagaan bumiputera yang berdaya saing di pasaran global. Ianya bakal menjadi tunjang dan tempat rujukan penduduk tempatan yang lain menimba ilmu serta berkongsi pengalaman membina masyarakat yang lebih berdaya saing didalam bidang pertanian dan perniagaan.